May 11, 2012

FACEBOOK & SHARE

Assalamualaikum.

Aku terpanggil untuk menulis pasal isu share-share kat facebook sekarang. Adalah dua tiga hari sebelum ni dua tiga orang dok post pasal share-share pasal ilmu agama.

Contohnya, AKU la. Aku memang suka share-share ilmu dari orang-orang yang selalu cerita tentang agama, syurga, neraka, dosa, pahala, kebenaran & kemungkaran.

Seriously say, aku hamba hina yang banyak sangat buat dosa. Dosa kecik, dosa besar. Semua ada. Siapa la aku ni. Manusia je. Aku tak maksum. Entahla. Aku tak faham pemikiran yang bagaimana mereka gunakan.

Bila aku share, kandungan yang aku share tu sangat-sangat menusuk jiwa. Kalau boleh nangis, dah nangis masa tu. Terkenang dosa. Kadang-kadang aku share sebab senang aku nak cari balik melalui profile aku sendiri.

Bila aku nak share aku mesti tercari butang 'FAVORITE'. As if, ianya twitter. Di twitter, aku boleh tekan favorite untuk aku semak balik hukum-hukam, kata-kata, pesanan-pesanan agama. Tapi di facebook aku kena share.

Kepada mereka yang dah sempurna, yang tak ada apa yang hendak dishare kan, jangan la condemn orang-orang macam aku ni. Kesian. Daripada nak berubah, dah lembut hati, bila kami baca macam tu, rasa macam tak dialu-alukan pulak.

:(


Apa pun, cuba bagi semangat kepada kami-kami yang tak banyak ilmu agama ni. Kadang-kadang kami perlukan perhatian anda :)

Wallahualam.

May 7, 2012

Exam.

Bismillah.

Hujan -- Study
Moga apa aku usaha, ada buahnya --


Apr 23, 2012

#telekungproject

bismillah. aku rasa nama telekung project ni dah lama. aku ni hanya sambung usaha je. memandangkan dah banyak shopping mall yang naik sekarang, mestilah ada surau kan? perasan tak, kadang-kadang kita nak pergi solat, tapi telekung berebut, tak cukup dan yang paling kerap, KOTOR.

hermm, okay la kaum hawa. anda suka mekapkan? why don't kita cuci mekap betul-betul. biar bersih, so that, when we come to meet Allah, kita dalam keadaan yang bersih. setiap inci muka kita ni kena wudhu semua. baru solat kita sah & diterima Allah :)

oklah. untuk yang suka bermekap,bersihkan dulu wajah anda dari foundation ke mascara ke eyeshadow ke bedak silkygirl ke supaya nanti bila 'terlap' muka, telekung tak kotor. ramai lagi yang nak pakai. kita cuba kesian kat orang lain yang nak pakai, tak kusyuk solatnya nanti.

untuk yang berdegil tu, kami jalankan project telekung ni.


kami amat memerlukan telekung-telekung yang mahu didermakan :) 
kepada yang inginkan maklumat lanjut boleh cari aku di FACEBOOK: illyna rusli atau hubungi aku di talian berikut: 013 300 3014

Kita mungkin tak tahu apa ganjarannya didunia. InshaAllah, banyak yang Allah bagi :) Kalau tak dunia, inshaAllah akhirat. Segala bentuk fund juga diterima :) InshaAllah.


Jazzakallahu Khairan Khatira :)




Apr 20, 2012

kejar

biar aku kejar kau sampai syurga.

mohon Allah permudahkan.
mohon Allah ampunkan dosa aku.

dosa engkau
dosa kita



*******

semoga Allah pilih kita untuk terima hidayahNya

Amiin.

Mar 22, 2012

kelapangan

aku hanya datang, singgah dan pergi dan mungkin singgah lagi.
harap-harap semuanya baik.
SEMUA

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain). Dan hanya kepada Tuhanmula engkau berharap."

(Surah al-syarh: 5-8)


.
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com